Mohamed Khaled Nordin

Daripada jumlah tersebut, seramai 218 nelayan dan 65 penternak dalam Parlimen Pasir Gudang menerima pembayaran sagu hati berkenaan sebanyak RM2,000 setiap seorang secara one-off.

Bayaran sagu hati itu diserahkan Menteri Besar, Datuk Seri Moha­med Khaled Nordin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas di Dewan Serbaguna Taman Mawar, di sini semalam.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Norma­la Abdul Samad; Pengerusi Jawatan­kuasa Pertanian, Industri Asas Ta­­ni, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi negeri; Ismail Mohamed; Pengerusi Persatuan Nelayan negeri; Datuk Mohamad Dol­mat; Pe­ngarah Perikanan negeri, Za­ma­ni Omar dan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) nege­ri, Lokman Ahmad.

Mohamed Khaled ketika berucap memberitahu, mereka yang layak itu disenarai pendek serta menepati kriteria sepertimana yang ditetapkan pihak LKIM.

“Baki nelayan dan penternak lain yang layak menerima pembayaran sagu hati ini akan diberikan secara berperingkat mengikut pe­cahan mengikut kawasan ma­sing-masing.

“Penerimanya adalah 275 nelayan dan 49 penternak dalam Parlimen Tebrau serta Johor Bahru, 275 nelayan dan 49 penternak dalam Parlimen Gelang Patah serta Pulai dan 584 nelayan dan 72 penternak di Parlimen Tanjung Piai serta Pontian,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sektor perikanan di negeri ini wajar dan perlu dikaji agar hasil laut tidak eksploitasi nelayan asing.

“Kalau kita tidak bangun dan tunjukkan bahawa sektor ini (mampu) memberi pulangan yang baik, kita akan dapati perairan ki­ta akan dieksploitasi oleh nelayan negara lain.

“Hari ini kita dapati di Johor ini, banyak pencerobohan atau kegiatan nelayan-nelayan daripa­da negara Vietnam. Jadi perlu kita berikan perhatian dalam soal ini,” katanya.