Menerusi MoU berkenaan, pihak Coronade bersetuju untuk menaja RM3.5 juta untuk sambutan ulang tahun MBJB selama 10 tahun bermula tahun lalu.

Datuk Bandar MBJB, Amran Abdul Rahman berkata, setiap tahun pihak Coronade menaja RM350,000 dan tajaan sudah pun bermula untuk sambutan MBJB ke-24 yang bermula hujung Disember lalu hingga Mac ini.

“Ini merupakan kerjasama, perkongsian pintar dan bertepatan bagi mengukuhkan sektor swasta dan MBJB. Saya harap ini akan menjadi contoh terutama kepada pihak swasta lain.

“Semoga kerjasama ini dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak dan kepada warga Bandaraya Johor Bahru khususnya,” katanya ketika berucap sebelum MoU tersebut.

MoU tersebut berlangsung di Hotel Puteri Pacific di sini sebentar tadi dengan MBJB diwakili Amran manakala Coronade diwakili Datin Alinah Ahmad. - UTUSAN ONLINE