Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, projek perumahan untuk mereka itu akan dibina Johor Corporation (JCorp) menerusi Johor Land Berhad (JLand).

Beliau yang juga Pengerusi JCorp berkata, usaha tersebut adalah langkah menangani masalah banjir serta isu perumahan yang dihadapi 156 keluarga dari tiga kampung berkenaan.

“Para penerima merupakan mereka yang mengalami masalah perumahan di Kampung Tanjung, Kampung Jalan Bulang dan Kampung Sungai Padang sejak beberapa tahun lalu.

“Pembinaan projek perumahan rakyat bagi penempatan semula ini merupakan komitmen JCorp,” katanya berucap dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Projek Perumahan Penempatan Semula Mangsa Banjir dan Setinggan Kampung Tanjung dan Kampung Jalan Bulang ke Kampung Londang Batu di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE