Pengerusi Jawatankuasa Hal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, bantuan itu antaranya bantuan yuran sekolah sejumlah RM1.2 juta, bantuan biasiswa pelajar luar negara (RM1.4 juta), program makanan sihat (RM1 juta), bantuan pinjaman pendi­dikan luar negara (RM6 juta), bantuan basikal (RM100,000) dan bayaran pendaftaran di institusi pengajian tinggi tempatan (RM2 juta).

“Secara keseluruhan, agihan zakat MAINJ sehingga penghujung tahun ini telah diinfak sebanyak RM299.81 juta dan me­rupakan agihan tertinggi kepada semua golongan asnaf sehingga November lalu berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Bagi kutipan zakat sehingga bulan ini, MAINJ sudah me­ngumpul kira-kira RM245.09 juta dan pada tahun depan, kita berharap kutipan zakat di ne­geri ini meningkat agar bantuan kepada golongan asnaf ini dapat ditingkatkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah Peringkat Negeri Johor dan Insentif Harapan Siswa MAINJ di Dewan Orang Ramai Tongkang Pechah di sini baru-baru ini.