Ketua Whipnya, Mansur Birat berkata, antara projek yang akan dilakukan ialah membina sebuah dewan komuniti di Taman Suria melibatkan kos sebanyak RM350,000.

“Bagi projek tersebut, kontraktor sudahpun dilantik dan kerja-kerja tapak dan seterusnya pembinaan akan dijalankan tidak lama lagi.

“Selain itu, bagi memberi kese­lesaan kepada pembayar cukai, kami melantik kontraktor bagi menjalankan penyelengaraan lam­pu dan jalan raya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, di samping membina kemudahan baharu, kerja-kerja menaik taraf dan menyelengara dewan-dewan yang di bawah pentadbiran MDL turut dilaksanakan.

MDL juga katanya, memberi perhatian terhadap masalah perparitan bagi mengelakkan kejadian banjir kilat daripada terus berlaku.

Tambahnya, langkah melantik kontraktor penyelengaraan itu dilihat mampu mempercepatkan tindakan terhadap sebarang kerosakkan berbanding melalui peruntukan dan tander.

“Proses mendapatkan peruntukan dan melantik kontraktor bagi membaik pulih sebarang kero­sakkan infrastruktur selalunya memakan masa dan ini menim­bulkan keresahan penduduk.

“Diharapkan usaha MDL ini dapat memberi keselesaan kepada pembayar cukai selari dengan hasrat kerajaan yang mahu perhidmatan terbaik pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.