Pengerusi JARO, Datuk Jimmy Low berkata, projek menaik taraf dan ubah suai itu dijangka menelan kos sebanyak RM1.8 juta.

“JARO merupakan sebuah pusat latihan dan pemulihan yang melatih golongan kurang upaya selain turut memberi mereka peluang pekerjaan.

“Projek ini bertujuan untuk menyediakan fasiliti yang lebih sesuai buat pekerja ini agar lebih selesa dan mudah untuk mereka bergerak,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Menaik Taraf dan Ubah Suai Bangunan JARO, di sini sebentar tadi.

Hadir merasmikan majlis, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, Amran Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE