MAISARAH MOHD. MUSTAZA menunjukkan daging dendeng keluaran Dendeng Station yang sesuai dijadikan juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Larkin, Johor, kelmarin.

Memandangkan daging dendeng merupakan makanan warisan, maka seorang anak muda, Maisarah Mohd. Mustaza, 26, nekad untuk mengusahakannya di beberapa kawasan di bandar raya ini.

Dengan jenama ‘Dendeng Station’, Maisarah yang me­netap di Taman Perling, di sini memberi­tahu, daging dendeng yang dihasilkan merupakan resipi warisan keluarga.

“Daging dendeng yang dihasilkan ini tanpa campuran bahan pewarna dan pe­ngawet,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Bazar Ramadan Larkin, di sini semalam.

Maisarah memberitahu, perniagaan tersebut dimulakan sejak 2009 dan kini mereka mampu menjual antara 15 hingga 20 kilogram produk tersebut setiap hari.

“Pada hujung minggu, jumlah jualan boleh meningkat menjadi 25 kilogram sehari dan saya yakin menjelang Aidilfitri mampu mence­cah 40 kilogram.

“Ini kerana produk kami diolah mengikut cita rasa masa kini dan hasilnya amat digemari bukan sahaja dalam kalangan dewasa, malah kanak-kanak kerana rasanya menepati selera semua golongan,” kata­nya sambil memberitahu juadah itu turut boleh didapati di Pasar Tani Jalan Padu melalui Jalan Halimah dan Medan Selera Gelang Patah.

Menurutnya, daging den­deng itu dijual pada harga RM20 bagi 140 gram dan untuk tempahan boleh menghubunginya menerusi talian 017-7801890.