AZMI ALIAS
AZMI ALIAS

Manurut sumber, siasatan yang dijalankan mendapati suspek telah menerima wang rasuah tersebut daripada seorang staf kontraktor sejak November tahun lalu sebagai dorongan tidak mengambil tindakan atas kesalahan mengambil pekerja buruh asing tanpa permit kerja bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan sekitar pekan Pagoh.

“Suspek seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan di Jalan Abdullah Bandar Maharani, Muar kira-kira jam 3.00 petang tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” jelas sumber berkenaan di sini malam ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek. - UTUSAN ONLINE