Nyata program yang dianjurkan serentak di seluruh negara itu disertai kira-kira 1,500 orang terdiri daripada kariah masjid dan suaru di sekitar bandar raya ini, para pelajar, jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu.


Mereka memulakan bacaan al-Quran mulai pukul 12.15 tengah hari hingga khatam dengan dibimbing oleh Imam Ellyeen Amin.


Terdahulu, para peserta turut mendengar ceramah tentang kebaikan dan keberkatan membaca al-Quran.