Hasni Mohammad
Hasni Mohammad

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Has­ni Mohammad berkata, pada tahun ini, kerajaan negeri akan mempertingkatkan usaha supaya lebih ramai menggunakan jalan negeri yang melalui beberapa lokasi menarik di setiap daerah, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi di sepanjang laluan tersebut.

“Kita berpendapat tidak ramai yang mempunyai keperluan untuk tergesa-gesa balik ke kampung. Jadi, kita berharap pengguna ja­lan raya dapat membe­ri kerjasama dengan me­nggunakan jalan negeri sebagai alternatif bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya.

“Berpandukan Tra­vel Guide FT Roadpedia Zon Selatan yang dikeluarkan Kementerian Kerja Raya akan memberi panduan kepada pengguna jalan raya untuk menuju ke beberapa kawasan pelancongan kegemaran orang ramai di sepanjang jalan negeri,” katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri di susur keluar persimpangan Bakar Batu, di sini semalam.

Pada bulan lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof melakukan Jelajah FT Roadpedia Zon Selatan sejauh 688 kilometer melibatkan laluan di empat negeri terma­suk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berharap orang ramai yang berhasrat untuk balik ke kampung dapat merancang perjalanan dengan baik bagi memastikan selamat tiba ke destinasi yang ditujui dalam keadaan selamat.

“Kita berharap kesesakan di lebuh raya utama tidak mengalami kesesakan teruk berbanding tahun terdahulu dan lebih ramai yang memilih untuk menggunakan jalan negeri sebagai laluan pilihan mereka,” katanya.