Beliau pada masa sama turut mengingatkan para guru untuk membuat pilihan yang bijak dengan memilih kerajaan yang terbaik.


“Nasihat saya pada semua guru agar berpolitik secara berpada-pada dan janganlah berlebihan.


“Guru-guru kita, pandailah buat pilihan. Kita pilihlah (mana-mana) kerajaan yang terbaik,” katanya pada pelancaran Gerakan Massa: Penghargaan Terima Kasih Cikgu peringkat negeri sempena Sambutan Hari Guru 2018 yang dihadiri 2,500 peserta terdiri dadipada guru, pelajar dan ibu bapa di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE