Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, daripada jumlah tersebut seramai 38,069 mendaftar di sekolah kebangsaan (SK) dan 16,222 di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) manakala 2,285 orang memasuki sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT).

“Bagi prasekolah pula, seramai 22,454 murid baharu mendaftar di 957 kelas di 671 sekolah yang terdapat di negeri ini.

“Sementara itu, bagi tingkatan satu, jumlah pelajar yang mendaftar pada tahun ini seramai 54,293 orang,” katanya kepada pemberita ketika melawat proses pendaftaran masuk murid tahun satu di SK Segamat Baru di sini, hari ini.

Ayub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 47,597 pelajar memasuki tingkatan satu di 232 sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang menempatkan 1,525 kelas.

Jumlah bagi kelas peralihan pula adalah seramai 4,407 pelajar yang memasuki 168 kelas di 116 sekolah dan lain-lain aliran adalah seramai 770 bagi sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) yang mempunyai 26 kelas di lima buah sekolah.

Beliau memberitahu, seramai 1,519 orang lagi memasuki tingkatan satu di 20 buah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang menempatkan 49 kelas.

“Daripada jumlah murid dan pelajar yang mendaftar tahun satu serta tingkatan satu itu, seramai 115 orang adalah berstatus orang kurang upaya (OKU).

“Mengikut pecahannya, seramai 16 orang mengalami masalah fizikal, lima pelbagai kekurangan, pendengaran (tujuh), penglihatan (tiga), pertuturan (dua) dan masalah pembelajaran (80),” katanya.