Pengerusinya, Tahir Aris berkata, projek usahasama Kopeti de­ngan Giro Bestari Sdn. Bhd. (GBSB) di Bandar Penawar se­luas 13.35 hektar itu dijangka siap pada awal 2019.

“Projek ini akan menempatkan 128 unit rumah teres dua tingkat serta 20 unit rumah kedai dan pejabat dua hingga empat tingkat.

“Harga jualan rumah teres dua tingkat serta premis perniagaan antara RM380,000 hingga RM460,000 yang mampu dimiliki kakitangan kerajaan dan peng­usaha swasta di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua belah pihak di Teratak Penawar, Taman Fertigasi Kejora, Bandar Penawar di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi dan Pengarah Eksekutif GBSB, He Yun Xiang, Mohd. Hasbullah Ahmad dan Liew Min Keat serta Pengurus Besar Kopeti, Taufik Tahir.

Katanya, tawaran itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai kerana harganya tidak mahal berbanding projek perumahan lain.

“Kami yakin dapat menjual kesemua 128 unit rumah teres dua tingkat serta 30 unit permis perniagaan tersebut kepada orang ramai,” katanya.

Tahir berkata, projek itu ba­kal menjadi antara projek mewah pertama Kopeti pada masa depan dan mampu memberi pulangan yang baik.

Menurutnya, projek perumahan melibatkan 227 unit Perumahan Rakyat Johor (PRJ) dan 33 unit kedai kos sederhana akan dimulakan sebaik projek fasa pertama siap.

“Ini adalah sebagai langkah berterusan Kopeti dalam memberi pilihan kepada orang ramai yang masih memerlukan kediaman di kawasan tersebut,” katanya.