Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang berkata, projek itu merupakan satu daripada beberapa projek yang akan dikaji semula.

“Kementerian Kewangan telah mengeluarkan arahan untuk mengkaji semula beberapa projek, khususnya yang belum mendapat Surat Setuju Terima (SST).

“Pelaksanaan projek Hospital Pasir Gudang akan dikaji semula bagi membolehkan tender terbuka dibuat, ini akan membantu kerajaan menjimatkan hingga 10 peratus daripada kos pembinaan asal bernilai RM500 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sesi taklimat dan lawatan projek naik taraf Lebuhraya Pasir Gudang, di Bandar Seri Alam, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE