Ketua Pegawai Jururawat, Nur Yasmin Jennifer Abdullah berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan memberi ruang yang lebih luas kepada jururawat untuk mendekati masyarakat, selain membentuk kemahiran kesukarelaan serta melatih jururawat berfikiran lebih kreatif.

Katanya, dianggarkan se­ramai 50 hingga 100 penum­pang dipilih dalam program itu bagi mengisi masa perjalanan mereka yang terluang dengan pendidikan kesihatan mengkhususkan pada teknik pencucian tangan yang betul, teknik rawatan pertolongan cemas (CPR) dan pemeriksaan payu dara sendiri, selain mengedarkan bahan-bahan pendidikan seperti risalah.

“Khidmat jururawat tiada had dan batasnya. Walaupun 1 Mei adalah cuti umum sempena Hari Buruh, namun kami mengambil peluang tersebut untuk berkhidmat menyampaikan ilmu kesihatan kepada masyarakat.

“Kami berharap program ini dapat menyediakan orang awam dengan pengetahuan, sikap dan kesefahaman yang bersesuaian agar mereka dapat memainkan peranan secara aktif dalam menguruskan kesihatan diri, mencegah daripada berlakunya kom­plikasi penyakit serta langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kes kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, seorang penumpang, Nur Hidayah Fadzil, 34, berkata, program terbabit memberikan kesedaran kepadanya supaya tidak panik jika berlaku kes kecemasan dan secara tidak langsung meluaskan lagi pemahamannya mengenai penjagaan kesihatan diri.

“Tahniah kepada Jaba­tan Kejururawatan KPJ Johor kerana berjaya menganjurkan program seumpama ini. Sebagai seorang pengasuh bayi, saya memperoleh ilmu teknik rawatan pertolong­an cemas (CPR) tentang ba­gaimana cara untuk menangani situasi kecemasan jika berlakunya kes bayi ter­sedak serta langkah pencucian ta­ngan yang betul,” katanya.

Seorang lagi penum­pa­ng, Fizlina Edzwin, 16 pula berkata, selepas diberi penerangan, dia kini sedar kepentingan pemeriksaan pa­yu dara sendiri.

“Selama ini saya kurang peka dan tidak pernah me­ngambil kisah untuk meme­riksa payu dara sendiri ke­rana faktor umur yang masih muda.

“Namun, setelah mende­ngar taklimat yang diberikan oleh jururawat tentang teknik dan risiko, saya semakin sedar betapa pentingnya me­lakukan pemeriksaan awal payu dara sendiri bagi me­ngenal pasti serta mencegah tanda-tanda awal kanser pa­yu dara,” katanya.