Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Program Jalinan Ukhuwah 
JCorp di Kahang Barat

BRIGED Waqaf JCorp membersih dan mengecat Masjid Al-Falah dalam 2
BRIGED Waqaf JCorp membersih dan mengecat Masjid Al-Falah dalam program Jalinan Ukhuwah di Felda Kahang Barat, Kluang, Johor, baru-baru ini.

KLUANG 13 Sept. - Bersempena Kembara Mah­­kota Johor (KMJ) 2017, Program Jalinan Ukhuwah dianjurkan di Dewan Felda Kahang Barat, dekat sini kelmarin.

Program berkenaan dihadiri lebih 100 penduduk Felda tersebut dan pelbagai aktiviti dilakukan untuk program dari pagi hingga malam itu.

Yang turut hadir dalam program itu Pegawai Perhubungan Kariah Johor Corporation (JCorp), Shahruni Aslam dan Pengurus Felda Kahang Barat, Zainal Lateh.

Antaranya mereka bergotong-royong membersih dan mengecat Masjid Al-Falah bersama-sama warga JCorp selepas Felda itu di­pilih sebagai satu daripada persinggahan konvoi KMJ tersebut.

Penduduk juga mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma daripada Pegawai perubatan Hospital Waqaf An-Nur Pasir Gudang, hospital di bawah Kumpulan KPJ Healthcare Berhad.

Turut diadakan acara ala treasure hunt berasaskan jawi yang lebih dikenali sebagai Jelajah Jawi untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Felda Kahang Barat.

Begitu juga penduduk yang hadir dalam program berkenaan berpeluang menyertai acara Semarak Jawi iaitu mengeja perkataan dalam jawi dengan betul.

Bersempena program itu juga, kaunter langganan Waqaf Saham Larkin Sentral untuk pembangunan Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bahru dibuka bagi memberi peluang penduduk berwaqaf.

Pada sebelah malam pula diadakan ceramah agama oleh Mufti Negeri Johor, Datuk Tahrir Samsudin yang bertajuk Setiap Wakaf Menjana Kebaikan di masjid berkenaan.

Sepanjang tahun ini, enam siri program itu dilaksanakan di ne­geri ini menerusi Divisyen Tanggungjawab Korporat dengan kerjasama syarikat dalam kumpulan seperti KPJ Healthcare Berhad, Kulim (Malaysia) Berhad, QSR Brands (M) Holdings Bhd. dan Johor Land Berhad.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain