Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, pra Op Selamat itu akan dijalankan selama dua minggu bermula semalam hingga 1 Mei depan.

Menurutnya, Johor dipilih sebagai negeri pertama untuk menjalakan operasi seumpama itu.

“Ini merupakan persediaan polis untuk menghadapi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri akan datang sebagai kajian awal mengenal pasti kawasan kerap berlaku kemalangan (black spot).

“Sebanyak enam daerah akan terlibat iaitu Johor Bahru Selatan, Kulai, Seri Alam, Kota Tinggi, Kluang dan Batu Pahat,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini sebentar tadi.

Tambahnya, bagi menjayakan pra Op Selamat itu, seramai 50 pegawai dan anggota akan digerakkan dengan memberi tumpuan kepada kawasan black spot, penguatkuasaan pesalah trafik, melancarkan aliran trafik. - UTUSAN ONLINE