Komander PPM Wilayah Dua, Assisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, dalam kejadian pukul 4.45 pagi itu, semasa menjalankan Op Gelora, bot ronda PSC 36 bersama-sama empat anggota mengejar dan menahan sebuah bot pancung yang sedang menuju ke Pulau Karimun.

Katanya, dengan penahanan bot pancung tersebut, pihaknya menahan seorang tekong dan seorang pembantu, 13 lelaki serta lima wanita warga Indonesia yang berusia 25 hingga 50 tahun.