Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, cadangan itu telah dikemukakan sejak 2014.

Menurut beliau, hasrat itu sekali lagi ditekankan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika lawatannya baru-baru ini.

"Perkara ini penting bagi meningkatkan kualiti trafik di kawasan terlibat dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

"Ini kerana kesesakan bukan sahaja berlaku ketika waktu puncak di kawasan persimpangan plaza tol, tetapi di sepanjang laluan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina, di Jalan Sutera Danga, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE