Kampung yang terlibat ialah Kampung Orang Asli Kempas Menang dan Kampung Orang Asli Pasir Intan.

Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pembinaan tersebut akan dimulakan pada tahun ini.

“Program pembangunan me­libatkan perbelanjaan kira-kira RM650,000 itu diharap akan memberi manfaat kepada lebih 450 penduduk di dua perkampungan tersebut, sekali gus menyediakan peluang perniagaan dan kemudahan yang lebih selesa,” katanya pada Majlis Mesra Aidilfitri 2017 di Sekolah Kebangsaan Kampung Orang Asli, Sayong Pinang, di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Kese­jahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut meluluskan peruntukan peralatan muzik berjumlah RM15,000 untuk kegunaan belia Kampung Orang Asli Sayong Pinang.

Yang turut hadir, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Daerah Kota Tinggi, Suhaila Isenin.