Timbalan Menteri Kesejahte­ra­an Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, Datuk Halimah Mohamed Sa­dique berkata, peruntukan itu turut melibatkan perancangan un­tuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan kos RM70 juta.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Tenggara, projek PPR melibatkan pembinaan 500 unit rumah yang akan dimulakan tahun depan.

“Atas dasar keperluan ma­syarakat kita juga akan bina balai bomba gred C dengan anggaran kos antara RM8juta hingga RM9 juta di Bandar Tenggara. Kemudahan ini akan juga memberi per­khidmatannya di daerah sekitar se­perti Kulai, Kluang dan Sembrong.

“Selain itu, kita akan bangun­kan Dataran Tasik di Bandar Tenggara yang akan memberikan satu lokasi riadah baharu kepada masyarakat bukan sahaja di kawasan terbabit malah taman-taman, Felda dan kawasan penempatan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat lawatan turun padang di beberapa kawasan di Bandar Tenggara dekat sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Fizwan Mohd. Rashidi dan wakil rasmi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Yusof Ibrahim.

Halimah berkata, pembangunan berkenaan merupakan satu pe­rancangan besar yang dimasukkan dalam pelan pihak berkuasa tempatan (PBT) sekali gus akan me­ngubah wajah lokasi ber­kenaan.

Pada masa sama katanya, pembangunan di Bandar Tenggara itu seiring dengan pekan Batu Ampat juga sedang dibangunkan dengan peruntukan RM30 juta daripada KPKT.

“Mudah-mudahan semua pembangunan di bawah RM100 juta itu akan memberi pulangan baik untuk kesejahteraan rakyat dalam Parlimen Tenggara,” katanya.