Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perlu permit sembelih haiwan korban

korban sembelih
ISMAIL MOHAMED (tengah) melakukan gimik perasmian Karnival Muafakat Tani DUN Jorak di Kompleks Sukan Pagoh, Muar, Johor hari ini.

MUAR 17 Ogos - Haiwan peliharaan yang akan dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha perlu mendapatkan permit daripada Jabatan Veterinar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Ismail Mohamed berkata, permit kebenaran sembelih untuk tujuan ibadah berkenaan adalah tertakluk mengikut Akta Ordinan Binatang 1953.

Menurutnya, semua penyembelihan di luar rumah sembelihan berdaftar perlu mendapat sijil kesihatan dan kebenaran sembelih daripada Pengarah Veterinar negeri.

"Penyembelihan tanpa permit di bawah Seksyen 361 dan Seksyen 362 akta berkenaan akan menyebabkan tindakan denda sebanyak RM15,000 dikenakan.

"Permit tersebut hanya berharga RM35 bagi setiap haiwan ternakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Muafakat Tani Dewan Undangan Negeri (DUN) Jorak di Kompleks Sukan Pagoh, sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain