Tunku Ismail percaya jika portal itu digunakan sebaiknya oleh majikan dan belia, masalah ketidakpadanan proses mencari kerja oleh belia dan kaedah pengambilan dibuat majikan dapat dikurangkan.

“Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan negeri dapat memperkasakan portal itu supaya menjadi lebih mesra pengguna dan menggalakkan semua majikan di Johor untuk mendaftar dan mengiklankan peluang pekerjaan yang wujud dalam organisasi mereka.

“Selain itu, bahagian pekerjaan tidak tetap atau freelance work atau short-term juga wajar dipertimbangkan bagi membantu belia Johor yang terlibat dalam aktiviti gig economy,” katanya menerusi Facebook HRH Crown Prince of Johor di sini sebentar tadi.

Tunku Ismail berkata, beliau mengambil maklum hasil kajian Khazanah Research Institute bertarikh 12 Disember 2018 yang menyatakan wujud ketidakpadanan antara proses mencari kerja oleh belia dan kaedah pengambilan majikan yang memberi kesan buruk kepada kelangsungan pasaran tenaga pekerja. - UTUSAN ONLINE