Pengerusi Jawatakuasa Kesiha­tan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, ini kerana hingga September lalu, penyakit diabetes sudah merekodkan seramai 12,726 pesakit.

Menurutnya, jumlah itu dijang­ka akan terus meningkat memandangkan trend peningkatan penyakit dikesan sejak 2014.

“Pada tahun lalu, seramai 17,616 pesakit diabetes direkodkan berbanding 16,547 pada tahun 2015 dan 12,838 pada 2014. Oleh sebab itu, kita mahu kempen kesedaran penyakit diabetes dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Punca utama yang membimbangkan adalah cara pemakanan masyarakat, selain persekitaran yang menyumbang kepada perkara tersebut seperti kedai makan yang dibuka 24 jam,” katanya selepas merasmikan Program [email protected] di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Rooshaimi Merican A. Rahim Merican dan Pengarah HSA, Dr. Aman Rabu.

Sehubungan itu, Ayub me­ngajak masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman serta mengambil makanan sihat, selain perlu sentiasa mengambil berat mengenai kesihatan diri masing-masing.

Beliau turut mengajak masya­rakat melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya lima kali se­minggu dengan menghabiskan 30 minit setiap sesi seperti yang disa­rankan oleh Pertubuhan Kesi­hatan Sedunia (WHO).

Mengulas [email protected], Ayub berkata, program tersebut disertai kira-kira 250 kakitangan HSA bertujuan mempromosikan amalan gaya hidup sihat, sekali gus mencegah pelbagai penyakit.

“Tidak perlu melakukan akti­viti terlalu berat, naik tangga ju­ga boleh membantu membakar kalori dua kali ganda lebih cepat daripada berjalan, malah dengan mengamalkannya dapat memantapkan otot serta menguatkan tulang,” katanya.