Pengarah program, Mahfuzah Mohammed Zabidi berkata, program tersebut bertujuan memberikan pendedahan me­ngenai tradisi serakal berzanji dalam majlis menyambut bayi kepada masyarakat, khususnya golongan muda.

Menurutnya, Kampung Su­ngai Kuali merupakan kampung tradisional yang masih mengamalkan program berkenaan yang lebih dikenali sebagai maj­lis cukur jambul bayi.

“Sebelum acara potong jambul diadakan, majlis berzanji iaitu bacaan doa dan pujian serta menceritakan riwayat Nabi Muhammad SAW dilafazkan dalam suatu irama atau nada.

“Berzanji biasanya diadakan dalam majlis aqiqah, berkhatan, perkahwinan dan Maulidur Rasul yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah keturunannya,” katanya.

Yang turut hadir Penghulu Mukim Serkat, Roslan Bohari dan Pengerusi Masjid Jamek As Syakirin, Petah Taha.

Mahfuzah memberitahu, pa­da majlis tersebut, seramai 12 bayi berusia antara sebulan hingga setahun bersama-sama keluarga masing-masing mengambil bahagian dalam acara cukur jambul.