Dalam kejadian pukul 3.30 petang di lebuh raya menghala arah Selatan itu, motosikal Honda EX5 terbakar dan penunggangnya tidak sempat menyelamatkan diri lalu rentung di situ.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya tiba ke lokasi kejadian pukul 4.05 petang dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta lapan anggota termasuk pegawai.

Katanya, ketika sampai ke tempat kejadian, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat mendapati mangsa sudah mati dengan keadaan badan terbakar pada motosikalnya.

“Kejadian berlaku apabila sebuah lori food truck berhenti di lorong kecemasan disebabkan enjin terlalu panas dan dirempuh sebuah motosikal dinaiki mangsa.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu lori serta kelindannya iaitu isterinya selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Saiful, identiti mang­sa masih tidak dapat dikenal pasti sama ada lelaki atau wanita kera­na pengenalan dirinya musnah dalam kebakaran berkenaan.