Harapan itu disuarakan me­reka yang baru menceburi tanaman nanas se­ca­ra individu, ber­kelompok ma­hupun syarikat terutama tanaman nanas MD2 yang dianggap sebagai musang king pada ketika ini.

Mereka yang hadir dalam Se­mi­nar Teknologi dan Inovasi Na­nas sempena sambutan itu bersukur kerana dapat menimba seberapa ba­nyak pengalaman me­ngenai tanaman nanas.

Mohd. Ismi Abdullah, 40, dari Baling, Kedah, berkata, pihaknya sedang memulakan usa­ha menanam nanas MD2 di tanah seluas 32 hektar yang diusahakan secara berkelompok.

“Kita berterima kasih kerana LNPM membantu usaha tersebut bagi membangunkan kawasan berbukit untuk dimajukan dengan tanaman baru dalam kalangan penduduk tempatan.

“Kehadiran kami ke seminar bagi menimba seberapa banyak ilmu mengenai penanaman nanas untuk dibawa balik ke Baling nanti dan mendedahkannya kepada pengusaha lain,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

David Disam, 51, dari Bau, Serawak, berkata, kebenaran membawa masuk sulur nanas ke Sarawak akan memberikan peluang kepada pengusaha tempatan untuk menceburi bidang tersebut.

Katanya, ta­nah seluas 129 hektar akan mu­la ditanam de­ngan nanas MD2 tidak berapa lama lagi de­ngan bimbingan dan tunjuk akar pegawai-pegawai LPNM bagi memastikan projek itu berjaya.

Menurutnya, nanas bukan ta­naman asing ba­gi penduduk Bau yang dianggarkan mempu­nyai kira-kira 200 pekebun kecil yang mengusahakan pelbagai jenis varieti nanas.

“Peluang me­ngikuti seminar ini memberikan saya banyak maklumat dan pengetahuan mengenai nanas MD2 yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pemain industri tersebut,” jelasnya.

Bagi Khairiah Che Zin, 55, seperti pengusaha lain, dia mengusahakan tanaman nanas MD2 pada 2016 yang memberikan pulang yang baik melalui ladang kontrak bersama-sama FAMA.

Katanya, tanaman itu akan diperluaskan pada tahun depan dengan cadangan penanaman 70,000 pokok nanas MD2 di atas tanah seluas 2 hektar berdasarkan kejayaan penanaman sebelum ini.