Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengundi Batu Pahat perlu tebus kesilapan

BATU PAHAT 19 April – Para pe­ngundi di Parlimen Batu Pahat perlu bertindak lebih bijak bagi memilih wakil mereka di peringkat kerajaan Pusat supaya masalah setempat yang dihadapi dapat diselesaikan dengan cepat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, amat merugikan penduduk di parlimen itu apabila mereka tidak ada wakil rakyat di peringkat pu­sat seperti yang terjadi penggal lalu.

Menurutnya, setiap Ahli Parlimen boleh mengemukakan permohonan bagi projek-projek kecil hingga RM6 juta setahun daripada Kerajaan Pusat yang diyakini dapat menyelesaikan masalah-masalah penduduk.

“Empat tahun RM24 juta atau lima tahun RM30 juta jumlah ke­seluruhannya, jadi betapa ru­ginya apabila kita tak fikir panjang untuk meletakkan wakil-wakil rak­yat yang boleh membantu dengan lebih berkesan jika ada hubungan dengan kerajaan.

“Tetapi apapun yang kita lakukan hari ini akan diteruskan kerajaan negeri dalam keadaan kita mempunyai kemampuan dan keupayaan untuk tingkat ke­sejahteraan dan taraf hidup rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas me­ngadakan lawatan ke Parlimen Batu Pahat, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil dan ADUN Senggarang, Aziz Ismail.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain