Dalam kejadian pada bahagian menara Bangunan Puspen tersebut, penghuni lelaki yang berusia 20-an itu berjaya dipujuk sebelum dibawa turun dengan menggunakan tali oleh pihak bomba.

Menurut Pegawai Kanan Bomba II Rafie Sareng dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, 10 anggota bersama-sama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

ANGGOTA bomba membawa turun seorang penghuni Puspen selepas tidak jadi membunuh diri dari Bangunan P

ANGGOTA bomba membawa turun seorang penghuni Puspen selepas tidak jadi membunuh diri dari Bangunan Puspen, Jalan Lurah Kempas, Johor Bahru, Johor, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/ IHSAN BOMBA

“Selepas dipujuk selama lebih satu jam, lelaki berkenaan membatalkan hasratnya untuk membunuh diri dan diturunkan pada pukul 2.19 petang,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE