Pengarahnya, Mohd. Ajib Ismail berkata, sumbangan tersebut dibuat pihaknya menerusi inisiatif Jawi Food Bank.

“Antara barangan yang disumbangkan termasuklah topeng muka, tuala, kain pelikat, makanan dan minuman serta kelengkapan tandas.

“Harapan kami adalah agar kesemua mangsa yang terjejas dengan insiden ini kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berkenaan kepasa wakil petugas di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana, Menara Aqabah, di sini sebentar tadi.

Pihaknya turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang mendapatkan rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sebelum melawat mangsa di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.

Mereka akan turut menyertai majlis solat hajat dan bacaan Yasin yang dianjurkan di Hospital Permai, malam ini. - UTUSAN ONLINE