Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana Johor merupakan negeri yang mempunyai bajet surplus.

Justeru, menurutnya, alasan penamatan perkhidmatan golongan pemimpin terlibat bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan adalah tidak munasabah. 

“Tindakan menamatkan perkhidmatan golongan ini bersifat angkuh, kerajaan negeri tidak seharusnya menjadikan ketua kampung dan ketua masyarakat sebagai entiti politik yang perlu dicantas. 

“Berbeza dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Biro Tatanegara (BTN), ketua kampung dan ketua masyarakat tidak mempunyai kepentingan politik,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE