Pengusaha restoran ber­ke­naan, Sahul Hameed E. Yaccob berkata, pelanggan bertuah bukan sahaja dapat menyaksikan perlawanan tersebut di layar gergasi malah berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk televisyen 50 inci.

Menurut beliau, pihak­nya mengadakan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, pertandingan makan dan minum, teka jaringan, kuiz bola sepak, teka berat replika piala dunia, ten­dang bola, teka bola dalam balang dan lain-lain lagi.

“Kami akan menjalankan pelbagai aktiviti seawal pukul 9.30 malam sebelum menunggu perlawanan bermula pada 11 malam. Pelbagai hadiah menarik menanti untuk dibawa pulang seperti televisyen, jersi pasukan, kasut, bola, barangan elektrik, baucar dan mafela.

“Untuk menyertai pertan­dingan ini mudah sahaja. Pe­ngunjung hanya perlu untuk berbelanja sekurang-kurangnya RM5 dalam satu resit bagi mela­yakkan mereka menyertai acara cabutan bertuah, teka ja­ringan dan teka bola manakala pertan­dingan lain adalah percuma,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Sahul berkata, tujuan pertan­dingan itu diadakan bagi memeriahkan sambutan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 selain menghargai pelanggan setia yang selalu menonton perlawanan bola sepak di restorannya.

“Saya berharap aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat bola sepak,” katanya.