Abd. Samad Khamis

Menurut mereka, tidak perlu ke hotel mahupun restoran ter­kenal kerana Coxn's Cafe tidak menghampakan dengan makanan barat yang disajikan sama kualitinya.

Abd. Samad Khamis, 55, berkata, menu di kafe tersebut sedap dan menyelerakan bagi mereka yang ingin kelainan terutama menu makan malam berasaskan piza.

“Pelanggan tentu tidak pulang hampa menikmati kelazatan makanan disajikan dengan harga berpatutan seperti chicken chop dengan harga RM12 begitu juga dengan grill chicken.

“Layanan yang diberikan cukup memuaskan serta tempoh menunggu yang tidak berapa lama seperti mana di restoran mahupun hotel besar,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Norzihan Sukor, 49, pula mengemari pizza seafood craze yang setanding dengan tempat lain serta keadaannya sesuai untuk bersantai bersama keluarga di kafe tersebut.

Katanya, lokasi Coxn's Cafe juga cukup nyaman bagi mereka yang ingin menghirup udara petang di pesisiran pantai sekali gus jarang didapati di daerah ini dengan sajian makanan barat.

Begitu juga penuntut Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTK), Mohd. Amirul Md. Fadzli, 19, sering meluangkan masa bersama-sama rakan menikmati makanan barat dan makanan tempatan.

Katanya, banyak makanan barat yang jarang diketahui ada disajikan di Coxn's Cafe yang dilihatnya mempunyai potensi besar untuk terkenal dan berkembang pada masa akan datang.