Seorang pelajar, Iznaeira Zainal, 16, berkata, program tersebut membantu pelajar untuk memberi lebih tum­puan bukan sahaja dalam pelajaran dan juga dalam kehidupan.

Katanya, aspek seperti keseragaman pakaian dan penampilan dapat membantu pelajar untuk lebih fokus kepada pem­belajaran mereka dan bukannya dalam berfesyen.

“Ini secara tidak langsung akan melahirkan generasi yang bagus dalam pencapaian akademik mereka tetapi juga berdisiplin,” ujarnya.

Program KrMJ yang mula diperkenal tahun ini akan melibatkan lebih 500,000 pelajar dari 1,187 sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan seluruh negeri.

Seorang lagi pelajar, Nurul Hafinaz Asmadi, 16, pula memberi­tahu, program tersebut dapat membantu meningkatkan lagi minat generasi muda terhadap sejarah dan budaya tempatan.

“Majoriti gene­rasi muda kini dipe­ngaruhi budaya luar khususnya dari Barat. Jadi program seperti ini amat dialukan kerana dapat membantu menanam perasaan cinta terhadap budaya tempatan.

“Tidak salah untuk mempelajari sesuatu daripada masyarakat luar, namun dalam masa sama jangan membelakangkan budaya dan identiti bangsa sendiri,” ujarnya.