Dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, Muhammad Haikal Ahmad yang menunggang motosikal dan beralamat di Taman Cempaka di sini maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kemalangan berhampiran Danga City Mall itu membabitkan motosikal mangsa dan sebuah van.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang datang dari arah bandar raya ini dipercayai hendak membelok ke Jalan Kebun Teh Lama sebelum bertembung dengan van tersebut.

“Akibat perlanggaran itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE