Pegawai Daerah Pontian, On [email protected] berkata, prihatin de­ngan kesukaran hidup warga emas berkenaan, pihaknya telah melakukan kerja-kerja membaiki atap dan bumbung rumah berkenaan.

Malah, beliau turut men­ca­dang­kan supaya warga emas itu disenaraikan sebagai salah seorang penerima bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) supaya rumah usang ter­sebut dibina dengan yang baharu.

“Kami akan membantu ke­luar­­ga ini untuk mendapatkan sebuah rumah baharu dan proses permohonan dilakukan se­cepat mungkin,” katanya semasa me­nyampaikan sumba­ngan RM1,000 bagi pihak Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di sini baru-baru ini.

On berharap keluarga berkenaan dapat memiliki rumah yang lebih selesa kerana kediaman itu mempunyai banyak kerosakan terutamanya apabila hujan.

“Kita simpati dengan kehidupan keluarga ini kerana Saryiah juga menghidapi penyakit buah pinggang yang membataskan pergerakannya,” katanya.

Sementara itu, anak sulung daripada lima beradik yang tinggal bersama Saryiah, Rafiza Abd. Samad, 49, berharap mereka akan dapat terus tinggal di rumah pe­ninggalan arwah ayahnya yang merupakan penduduk awal di kampung berkenaan pada tahun 1985.

“Walaupun berhadap dengan risiko hakisan pantai dan ribut ketika hujan, namun kami selesa tinggal di kawasan ini kerana mudah mendapatkan rawatan dialisis tiga kali seminggu untuk ibu di bandar Pontian dengan kos rawatan dibiayai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak 13 tahun lalu,” katanya sambil mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan pelbagai pihak.