Tertuduh, Chan Foo Chin, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Malaysia di hadapan Hakim, Mohd. Fauzi Nasir.

Foo Chin didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana syarikat DKSH Transport Agencies (M) Sdn. Bhd. dengan meluluskan atau membenarkan pembayaran berjumlah RM288,000 bagi kerja-kerja pengalihan kontena yang dijalankan

sebuah syarikat konsortium logistik di tiga lokasi berbeza bagi tempoh 12 bulan.

Mengikut pendakwaan, dia didakwa mengeluarkan cek bagi tujuan pembayaran yang dijalankan oleh syarikat konsortium berkenaan walaupun kerja-kerja terbabit tidak perlu dibayar oleh Syarikat DKSH Transport Agencies (M) Sdn. Bhd.

Dia didakwa menerima jumlah yang sama dalam tiga transaksi di Pejabat DKSH Transport Agencies (M) Sdn. Bhd. di Jalan Keluli 12 Kawasan Perindustrian Pasir Gudang antara 27 Februari 2009, 28 Februari 2010 dan 11 Mei 2012.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE