Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pasar tersebut dilaksanakan menerusi Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCoop).

“Pasar ini menjual barangan basah seperti ikan, ayam, udang dan sayur-sayuran pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

“Penjimatan yang boleh dimanfaatkan pembeli adalah sehingga 50 peratus,” katanya semasa melancarkan Pasar Komuniti Jauhar di Flat Tasek 64, Bandar Seri Alam, di sini sebentar tadi.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas turut memberitahu, sebanyak 50 kawasan lagi telah dikenal pasti untuk dijadikan lokasi Pasar Komuniti Jauhar. - UTUSAN ONLINE