Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, kedua-dua mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu dilaporkan hilang pukul 5.55 petang.

"Satu laporan diterima menerusi talian 999 memaklumkan terdapat seorang lelaki hilang di gunung berkenaan. Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang berada di tempat kejadian turut memaklumkan wanita itu disyaki cedera," katanya di sini. - UTUSAN ONLINE