Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner, Azman Ayob berkata, dalam serbuan bermula pukul 12.50 tengah malam itu, polis menahan enam GRO warga Vietnam dan 64 warga Thailand berusia lingkungan 22 hingga 38 tahun.

Katanya, serbuan yang melibatkan seramai 5 pegawai dan 33 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah turut memeriksa 70 pengunjung pusat hiburan tersebut yang berusia 22 hingga 58 tahun dan menahan dua lelaki yang merupakan orang yang dikehendaki.

"Dalam serbuan tersebut, polis turut menahan seorang pengurus premis lelaki berusia 40 tahun atas kesalahan menggaji dan melindungi pekerja asing tanpa permit kerja yang sah dan menjalankan pusat hiburan tanpa lesen perniagaan sah.

"Tangkapan ke atas perempuan warganegara asing ini diambil tindakan di bawah Akta Imigresen," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE