Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Norsiah tawar mi tanpa pengawet

Keluaran bumiputera, tahan sehingga 6 bulan

PASIR GUDANG 13 SEPT. 2017 SLUG (JEJAK JAYA MEE) Dua orang pekerja 2
PASIR GUDANG 13 SEPT. 2017 SLUG (JEJAK JAYA MEE) Dua orang pekerja membungkus mee kuning di dalam di Noor Rahmat Enterprise Jalan Gelam 13 , Taman Rinting Pasir Gudang semalam.Gambar: Baazlan Ibrahim.Pemberita ; Azizi Majid Utusan.

JOHOR BAHRU 13 Sept. - Setelah 32 tahun bekerja sebagai pengawal kualiti (QC) di sebuah kilang sadur timah, kehidupan Norsiah Suratin berubah 360 darjah apabila nekad berhenti kerja untuk memulakan perniagaan menjual mi.

Menurut wanita berusia 53 tahun dari Taman Rinting di sini ini, ada sebab dia memilih untuk berkecimpung dalam perniagaan menjual mi sejak dua tahun lalu.

“Pertama, saya sendiri sukakan makanan berasaskan mi sejak kecil lagi tetapi saya dapati kebanyakan mi di pasaran me­ngandungi bahan pengawet.

“Bukan itu sahaja, kebanyakan daripada pengeluar mi juga adalah daripada syarikat bukan bumiputera. Justeru itu, saya akhirnya nekad untuk memulakan perniagaan mi ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurut Norsiah, dengan bermodalkan RM100,000, syarikatnya, Noor Rahmat Enterprise akhirnya mengeluarkan pelbagai jenis mi seperti mi kuning basah, mi sayur, mi telur, mi kering, mi siput dan yee mee atas jenama Gelam Homemade.

Ujarnya, mi keluaran syarikatnya itu bukan sahaja dijual secara terus di premis perniagaannya di Jalan Gelam 13, Taman Rinting, malah turut dipasarkan di tujuh halal mart sekitar bandar raya Johor Bahru.

Menceritakan kelebihan mi keluaran syarikatnya, Norsiah berkata, kesemua bahan yang digunakan untuk menghasilkan mi adalah daripada bahan asli dan segar tanpa sebarang peng­awet.

Bukan itu sahaja, mi tersebut juga boleh disejuk beku bagi tempoh selama hingga enam bulan tanpa merosakkan kualiti dan rasa aslinya.

“Orang ramai yang membeli produk Gelam Homemade ini akan dapat merasakan sendiri perbezaan rasa dan kualiti mi yang dimasak berbanding mi yang mengandungi bahan pe­ngawet.

“Mi keluaran kami bukan sahaja sedap malah baik untuk kesihatan dan sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

Norsiah berkata, secara purata, kira-kira 100 kilogram tepung digunakan untuk menghasilkan lebih 400 peket mi setiap hari.

Katanya, buat ketika ini proses pengeringan mi dilakukan secara manual menggunakan cahaya matahari dan jumlah pengeluaran produk dijangka bertambah apabila syarikatnya membeli mesin pengering mi kelak.

“Saya berharap dengan bantuan daripada agensi yang berkaitan, perniagaan mi Gelam Homemade ini dapat berkembang maju ke seluruh negara.

“Besar harapan saya melihat mi keluaran syarikat bumiputera dapat bersaing dengan yang lain dan apa yang lebih penting ia sihat tanpa sebarang bahan pe­ngawet,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain