Itulah gambaran tepat apabila berada di KGH yang terletak di Air Papan, Mersing. Tidak keterlaluan dikatakan, anda seolah-olah berada di negara asing jauh dari hiruk pikuk kota.

Lokasinya cuma 8 kilometer (km) dari bandar Mersing dan kira-kira 120 km dari Bandar Raya Johor Bahru.

Melihat pada seni binaan dan hiasannya, resort tersebut me­nyamai dan terlalu dekat dengan suasana serta persekitaran seper­ti di Bali, Indonesia.

Pengusahanya, Md. Khalid Huseein, 61, mengabadikan ham­pir keseluruhan KGH berkonsepkan rekaan Bali.

“Tidak perlu lagi ke Bali, untuk menikmati keindahan seni rekaan eksotik ini kerana semuanya ada di Kali's Guest House.

“Saya memang sukakan konsep Bali sebab itu daripada semua segmen termasuk reka bentuk bangunan, peralatan, hiasan dalaman dan landskap semua saya tonjolkan berdasarkan apa yang ada di Bali,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Menterjemahkan seni bina Bali, banyak hiasan, keceriaan dan landskap diperoleh daripada bahan-bahan semulajadi serta terbuang seperti tunggul kayu, buah ketapang, buluh, jerami padi. Paling banyak bahan ber­asaskan kelapa iaitu batang, pelepah, tempurung dan daun.

Beliau yang merupakan pe­sa­ra Renjer Laut, Jabatan Perikanan berkata, pihaknya menyediakan pilihan sama ada mahu menginap di bilik berhawa dingin atau biasa, semuanya terpulang kepada kehendak masing-masing.

Md. Khalid berkata, pembinaan KGH adalah mengambil kira kehendak pelancong domestik dan luar negara yang kini teruja dengan konsep keindahan alam semulajadi.

“Kebetulan, saya memilki sebidang tanah seluas 0.8 hektar terletak di tengah-tengah sawah yang sememangnya amat menyegarkan.

“Kalau inginkan suasana kampung dan tidak perlu bilik berhawa dingin. Cukup dengan udara segar di pagi hari, saujana kehijauan padi dan ditambah panorama matahari terbit, sudah pasti anda akan dapat menikmati suasana pagi yang berkualiti di sini,” katanya.

Anak jati Mersing yang mencintai keindahan alam semulajadi itu berkata, KGH beroperasi sejak 15 tahun lalu, kini mempunyai lapan bilik berhawa dingin dan lapan bilik berkipas angin.

Katanya, selain di KGH, pe­ngunjung boleh menikmati keindahan pantai di daerah ini seperti Air Papan, Teluk Buih, Sri Mersing, Teluk Goreh, Pantai Mahkota, Tanjung Resang dan beberapa pantai lain.

Selain itu kata Md. Khalid, pelancong juga boleh menikmati makanan terkenal seperti satar, nasi dagang, nasi kerabu, roti jala istimewa, keropok lekor dan pelbagai produk industri kecil dan sederhana yang diusahakan penduduk setempat.

Md. Khalid berkata, KGH turut mengenakan harga yang amat murah dan mampu untuk semua pengunjung.

“Cuba bayangkan dengan hanya RM100 bagi bilik berhawa dingin dan RM80 untuk bilik berkipas anda boleh menikmati keindahan suasana sama seperti di Bali.

“Bagi saya bukan soal untuk mengaut keuntungan tetapi yang menjadi keutamaan ke­puasan optima baik untuk pe­ngunjung dan diri saya sendiri,” katanya.

Panorama di sini amat menakjubkan yang mempunyai ketenangan yang mendamaikan. Anak-anak juga rasa terhibur dengan pemandangan sawah, melihat itik berenang-renang di kali.Kesempatan ini turut kami gunakan untuk memancing dan bermain layang-layang.”

Zulkifli Johan, 
Terengganu.

Antara destinasi yang saya kunjungi bila ke Mersing ialah Kalis’ Guest House, kerana tempat ini menjanjikan ketenangan yang abadi. Lazimnya tiga bulan sekali saya akan berkunjung ke sini bersama-sama keluarga termasuk suami, anak-anak, menantu dan cucu.Di samping menikmati keindahan alami, sebelum pulang menjadi rutin, kami akan ke Jeti Pendaratan Ikan di Teluk Buih untuk membeli ikan segar.”

Jalilah Daud,
Kota Tinggi