Menurut peniaga, Syed Mohd. Darwis Ahmat, keunikan bentuk pau dan keenakan sembilan perisa berbeza membolehkannya menjual kira-kira 800 biji sehari.

Antara pau inti sambal ikan bilis, lempuk durian dan kaya, pisang dan caramel, jagung, coklat dan kacang, ayam lada hitam, sambal udang dan ketam, kacang tanah serta ayam cendawan.

“Setiap pau mempunyai bentuk yang berbeza mengikut perisa tersendiri seperti pau durian, cili, pisang, jagung, cendawan, kacang, udang, ayam dan coklat.

“Antara pau yang paling laris ialah pau durian, sambal ikan bilis dan ayam cen­dawan,” katanya.

Mohd. Darwis berkata, pau durian dan sambal ikan bilis dijual pada harga RM4 sebiji, manakala pau yang lain RM3.50 sebiji.

Pau tersebut juga dijual dalam bentuk sejuk beku dan boleh didapati di tempat lain yang dijual oleh ejen perniagaan mereka.