Mayat berseluar pendek dan tanpa baju itu ditemukan oleh sekumpulan nelayan tempatan yang keluar menangkap ikan di perairan berkenaan.

Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat, Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai penemuan mayat seorang lelaki terapung di perairan Sungai Ayam pada pukul 9.10 pagi ini.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pangkalan Maritim Batu Pahat telah mengerahkan sebuah bot Kilat 47 ke lokasi kejadian sebelum mayat dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Batu Pahat.

“Mayat seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan proses pengecaman mayat sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

26 Mei lalu, mayat remaja, Mohd. Syami Hasying, 16, dilaporkan hilang selepas bot dinaiki bersama beberapa nelayan lain karam dipukul ombak. - UTUSAN ONLINE