JOKHIRI ABDUL AZIZ
JOKHIRI ABDUL AZIZ

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abdul Aziz berkata, mayat mangsa yang berusia 12 tahun ditemukan dalam keadaan tergantung pada bahagian dapur rumah kira-kira pukul 5.30 petang.

“Pemeriksaan awal di tempat kejadian tidak menemukan sebarang perbuatan jenayah. Bagaimanapun siasatan lanjut mengenai kejadian masih lagi dijalankan.

“Kita juga telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga angkat pelajar berkenaan. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Jenazah mangsa yang dijadikan anak angkat keluarga berkenaan sejak dilahirkan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Baru, Masai kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi. - UTUSAN ONLINE