MoU tersebut dimeterai bagi merealisasikan wilayah Iskandar Malaysia sebagai bandar pintar.

Selain membabitkan penambahbaikan dan pembinaan infrastruktur baharu perbandaran termasuk piawaian kualiti bagi operasi serta penyelenggaraan.

Kerjasama berkenaan juga bertujuan memastikan pembangunan koridor ekonomi di wilayah itu dilaksanakan berlandaskan konsep sebuah bandar pintar selaras dengan Pelan Pembangunan Komprehensif ii 2014-2025 (CDPii).

Yang turut hadir Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Kajian dan Pelan Pembangunan SCCHK, Daniel Chun; Pengerusi Bersama Fimac, Prof. Amran Hamzah dan Naib Presiden Urban Observatory Irda, Khaidzir A. Rasip.

Pada majlis itu, turut dilancarkan laman web Majlis Penasihat Futuristik Iskandar Malaysia (FIMAC) dalam usaha merialisasikan Iskandar Malaysia sebuah bandar pintar. - UTUSAN ONLINE