Ketua delegasi, Dr. Sahrudin Jamal berkata, surat kebenaran untuk melaksanakan misi itu telah dihantar kepada kerajaan Indonesia dan pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkenaan.

“Kami sedang mendapatkan kebenaran daripada Agensi Pe­ngurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kedutaan Indonesia. Kemungkinan kita akan berangkat ke sana minggu depan.

“Kami pergi pun tidak ramai, kemungkinan kira-kira 10 orang termasuk penglibatan sukarelawan belia,” katanya ditemui selepas merasmikan Karnival Tani Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas Jaya di Kompleks Pasar Tani Kekal Permas, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Al­wi Anang.

Sahrudin yang juga Pengerusi Jawatankuasan Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian nege­ri berkata, kerajaan nege­ri akan memberi sumbangan sebanyak RM315,000 kepada kerajaan Indonesia.

“Bantuan itu akan diberi dalam bentuk wang tunai dan biarlah kerajaan Indonesia yang tentukan mereka ingin gunakan wang bantuan itu untuk apa.

Kami fikir untuk barangan agak susah untuk dibawa ke sa­na, lagipun bilangan kami ti­dak ramai,” katanya.