Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Menu barat, tempatan jadi tarikan

Suasana ala Bali di Coxn’s Cafe beri pengalaman baharu kepada pelanggan

AKBAR SHAH (kanan) dan pekerjanya menyiapkan tempahan pelanggan. 5
AKBAR SHAH (kanan) dan pekerjanya menyiapkan tempahan pelanggan.

PONTIAN 3 Mei - Memasuki ruang Coxn's Cafe di Lorong Parit Ibrahim Rimba Terjun di sini, tetamu disajikan dengan lagu-lagu Mexico dan Sepanyol.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga terpana dengan suasana seperti di Bali, Indonesia kerana kafe tersebut berhampiran pesi­-
sir pantai. Nyaman dan menye-garkan minda!

Reka bentuk dalam kafe ter­sebut disusun seperti berada dalam perut kapal. Motifnya adalah untuk mengambarkan tugas juragan yang mengemudi kapal di tengah lautan yang luas.

Begitu juga susun atur dan pondok-pondok tempat menjamu selera yang dibina menyerupai pusat peranginan di Bali, apa­tah lagi Coxn's Café terletak di pesisiran pantai Rimba Terjun.

Pemilik Coxn's Cafe, Akbar Shah berkata, pelanggan juga dapat melihat matahari terbenam yang indah sambil menjamu selera dan itu merupakan pengalaman menyeronokkan kepada pelanggan yang pertama kali melaluinya.

Katanya, terdapat 30 jenis makanan untuk tetamu yang ingin mengubah selera makan mereka bersama keluarga dan rakan dalam suasana angin pantai pada waktu petang ataupun malam.

“Antaranya seperti pelbagai jenis masakan berasaskan piza, grill chicken, chicken chop, fish n chips, Australia lamb shoulders, burgers, fish burge, BBQ dan chicken burgers.

“Selain mushroom soup, terdapat juga garlic bread, french fries, mash patato, chicken nugget, bake chessy meatball dan sebagainya,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kafe tersebut baru-baru ini.

Katanya, tidak ketinggalan pel­-
bagai jenis pasta seperti spaagheti meatball, spaghetti bolognese, aglio olio, spaghetti tomato, fettucine seafood carbonara, aglio seafood dan spaghetti marinara seafood.

Dia akui walaupun pada awalnya agak sukar menarik pelanggan ke tempatnya, namun melalui pelbagai promosi termasuk dalam media sosial, sambutan orang ramai bertambah baik.

Mereka, katanya, datang bukan sahaja bersama keluarga tetapi juga menganjurkan majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan ulang tahun kelahir­an selain majlis makan malam untuk sektor awam, swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Selain saya sendiri, kerja-kerja memasak turut dibantu oleh dua tukang masak berpengalaman memasak makanan barat dan tempatan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Kafe ini dibuka pada pukul 5 petang hingga 12 malam,” katanya.

Kata Akbar, sajian pencuci mulut juga disediakan tukang masak seperti chooclate oreo mousse, tiramtisu, drippy choclate cake dan brownies vanilla ice cream.

Mengenai nama kafe itu yang unik dan pelik, Akbar memberi­tahu, nama Coxn's Cafe dipilih kerana latar belakang keluarga­nya terutama datuk, bapa dan bapa saudaranya yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Nama Coxn bermaksud juragan. Jadi inilah sebabnya kafe saya dinamakan Coxn's Cafe. Masakan barat adalah menu utama selain masakan Melayu bagi mereka yang tidak gemar de­ngan makanan tersebut,” katanya.

Sebelum itu, dia mengikuti kursus masakan makanan barat di Singapura pada 2010 dalam bidang Seni Kunaliri sebelum menjalani pratikal di Hotel Shangri-La selama enam bulan.

“Sebaik kembali ke Pontian pada 2012, hasil perbincangan bersama keluarga, Coxn's Cafe akhirnya dibuka dan pada pe­ringkat awalnya, menu utama adalah masakan tempatan sebelum beralih sepenuhnya ke masakan barat,” katanya.

Pada masa akan datang, anak kelahiran Pontian itu merancang menambah lagi makanan barat selain mengurangkan makanan tempatan bagi memberi imej dan jenama baharu kepada Coxn’s Cafe.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain