AMRAN ABDUL RAHMAN

Datuk Bandar, Amran Abdul Rahman berkata, pelaksanaan program tersebut yang sebelum ini dijalankan pada setiap Sabtu minggu kedua akan ditukar ke hari Sabtu minggu pertama setiap bulan.

Menurutnya, pertukaran masa pelaksanaan program itu adalah bagi mengajak lebih ramai pihak menyertainya.

“Pertukaran masa itu juga mengambil kira cuti hujung minggu bagi sektor swasta yang jatuh pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan yang dilihat dapat membantu meningkatkan penglibatan pihak swasta dalam menjayakan program itu,” katanya selepas mempe­nge­rusikan mesyuarat penuh bulanan MBJB di sini, baru-baru ini.

Program Car Free Day merupakan salah satu aktiviti riadah yang dijalankan di sesuatu kawasan atau laluan kenderaan yang ditutup serta bebas daripada penggunaan kenderaan bermotor kecuali kenderaan perkhidmatan seperti ambulans, kenderaan polis dan bomba dan dibuka kepada orang awam bagi pengguna berbasikal dan aktiviti riadah lain.

Amran berkata, menerusi aktiviti berbasikal setiap bulan, pihaknya telah menerima penghargaan daripada Asia Cycling Network (ACN) pada tahun lalu atas inisia­tif tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan penyertaan orang ramai terma­suk daripada sektor swasta seper­ti pihak pemaju, sya­rikat, bank, badan korporat, per­satuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kilang dan peniaga di sekitar Johor Bahru untuk menyokong usaha MBJB melaksanakan inisiatif Komuniti Rendah Karbon berkenaan.

Katanya, antara usaha lain yang telah dilaksanakan demi menyokong inisiatif tersebut adalah dengan mewujudkan Perkhid­matan Perkongsian Basikal Tanpa Stesen (oBike) yang juga telah dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Terengganu.

“Pelaksanaan program ini secara rasminya telah dimulakan di pusat bandar raya Johor Bahru pada 21 Januari tahun lalu yang merupakan salah satu program yang digariskan dalam Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon MBJB 2015-2025,” katanya.