Beliau berkata, sokongan itu diterima menerusi aplikasi Whatsapp termasuk video daripada beberapa bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini.


“Sehingga hari ini, saya masih menerima Whatsapp daripada beberapa bahagian Bersatu menyatakan sokongan, ketua-ketua kampung juga. 


“Mungkin satu dua harj lagi lebih banyak orang akan beri sokongan,” katanya pada majlis pra pelancaran Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor 2019 di sini sebentar tadi.


Tambahnya, ada juga pihak yang tidak menyokong, namun katanya, itu terdiri daripada mereka yang tidak mengiktiraf kerajaan yang ada pada hari ini.


Dalam pada itu, Osman turut menyangkal dakwaan terdapat penurunan kemasukan rakyat Singapura ke negeri ini untuk membeli-belah sempena perayaan Tahun Baru Cina ekoran tindakan beliau yang didakwa menceroboh perairan republik itu.


“Jika mengikut Exco Pelancongan, tiada apa-apa daripada segi penurunan dalam soal kemasukan pelancong dan dalam soal ini tak nampak kerugian sebab kita ada kekuatan sendiri,” katanya. - UTUSAN ONLINE